Utama  |  Blog   |  Ahli DLL   |  Tentang DLL   |  Butiran Program

 
Blog
 
[Halaman 1 / 1] | 1 |

Masa Depan Malaysia Dalam Kacamata Generasi Pewaris
Politik – ini musim peralihan kuasa dalam parti terbesar dan paling berpengaruh. 6 juta pengundi muda baharu akan menjadi penentu menjelang PRU13. Setakat ini tiada petunjuk bahawa trend semasa kembali mendokongh status quo. Setakat yang berlaku di persada maya, sentiment anti establishment masih menebal.

Ekonomi – Dunia menghadapi krisis terburuknya. Dan Malaysia sedang melihat dan mencari-cari apakah formula yang boleh memulihkan upaya bertahannya kini dan apakah resepi untuk keutuhan ekonomi masa depan. Defisit besar merupakan beban kepada generasi mendatang.

Adakah generasi muda menyedari hakikat ini? Sejauh manakah mereka terlibat dan merasa insaf dengan cabaran semasa? Berapa ramaikah yang merasa terpanggil dan merasa ada pertanggungjawapan demi mencipta masa depan Malaysia yang lebih utuh?

Terkadang kami melihat perdebatan dalam kalangan pimpinan mahasiswa terlalu suntuk dan berbau politik yang sempit tidak kiralah pihak mana yang mereka wakili.

Kalau Malaysia benar-benar ingin melihat reality masa depannya, maka Malaysia harus menyandarkan harapan kepada akal-akal mudanya yang masih subur, sihat dan bersih. Tunas-tunas masa depan masa ini seringkali mendapat tempat di sampingan dalam pentas polemic nasional kerana kononnya masih mentah. Mereka hanay berdebat dalam kepompong sendiri dan seringkali hanya secara maya.

Jika kita ingin meletakkan harapan kepada generasi pewaris, maka kita harus melihat upaya dan daya mereka mengartikulasikan persoalan pokok dalam membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Apakah kelemahan semasa yang perlu Malaysia tangani?

Demokrasi yang separuh matang?

Ketirisan dan ketidakcekapan pentadbiran?

Perpaduan yang artificial?

Pengukuhan sistem kehakiman?

Pendidikan yang tumpul?

Di manakah kunci kepada masa depan Malaysia yang lebih utuh dan berdaya maju.

Jika diukur dengan perbandingan Negara setara, Malaysia ketinggalan dalam ekonomi, sumber manusia dan teknologi berbanding beberapa kalangan Negara yang merdeka dan memiliki sumber yang tidak jauh berbeza. Namun disebabkan polisi, resource curse atau leka dengan kesenangan, daya saing Malaysia semakin menumpul dan ini harus ditangani sebagai sebahagian daripada cabaran kepimpinan Negara masa hadapan.

Kita tanyakan pandangan antara minda muda terbaik Malaysia – apakah harapan masih ada? Jika ada, maka apakah kunci kepada peralihan yang benar-benar bermakna itu?

Di Luar Lingkungan mengundang antara minda dan jiwa muda Malaysia yang terbaik untuk mempersepsikan masa depan daripada kacamata generasi pewaris.



Tarikh: 27/03/2009
 
Kedudukan Malaysia pasca krisis
Kebejatan krisis ekonomi Malaysia kini memasuki fasa kedua.Pakej ransangan 7 bilion diteruskan dengan pakej stimulus yang akan di bentangkan 10 Mac 2009 nanti. Walaupun kesannya tidak dirasai oleh semua, namun seharusnya gelombang krisis ini perlu dihadam sekaligus membolehkan warga jagat membuat persediaan. Soalnya apakah warga jagat sudah bersedia untuk menghadapi gelombang baru krisis ekonomi? Apakah senjata utuh yang telah dibekalkan?2010 diramal akan menjadi tahun sejarah, berlakunya kedahsyatan krisis ekonomi. Apakah ianya benar? Apa kedudukan Malaysia pasca krisis? Sejauhmanakah Malaysia bersedia?

Tarikh: 01/03/2009
 
Model Politik Masa Depan Malaysia
Kini perkembangan politik memperlihatkan bahawa perubahan nilai sedang mengambil tempat mungkin disebabkan oleh pemikiran baru atau salah faham, sesuatu perlu dilakukan untuk meletakkan Malaysia kembali pada landasan yang betul.

Apa yang perlu dilakukan kini khususnya dalam konteks politik yang kelihatannya mempertajam perhubungan kaum?Apakah model masa depan politik Malaysia ? Dwi parti?Pengukuhan Raja? Bersediakan Malaysia ?


Tarikh: 15/02/2009
 
Penembusan ICT, Mengapa lembab?
Ekosistem teknologi di Malaysia memerlukan sedikit garaban istimewa untuk memastikan momentum perkembangannya dapat diselaraskan dengan teknologi semasa.Di manakah tahap kepimpinan dalam menguruskan ICT di Malaysia?Adakah benar kita terlalu gopoh untuk maju?Apakah solusi terbaik untuk menguruskan brain drain?Terlalu banyak badan yang bertanggungjawab dan tiada penyatuan dalam gerak kerja antara punca kelembapan penembusan ICT. Adakah benar?

Kerenah birokrasi perlu dikurangkan dalam pentas ICT, selain perlunya ada kesefahaman yang menyeluruh dalam menggerakkan teknologi yang sedia ada!

Tarikh: 09/02/2009
 
Kedudukan Masyarakat Cina di Malaysia dalam Pembangunan Masa Depan
Siri ke 4 merupakan edisi bersempena Tahun Lembu Tahun Baharu Cina yang mempolemikkan ‘Kedudukan Masyarakat Cina di Malaysia dalam Pembangunan Masa Depan’. Ia bertujuan melihat reality kedudukan nisbah dan pengaruh ekonomi dan memperojeksikan kemungkinan masa depan yang mengambil kira reality kebangkitan China dan jaringan Cina antarabangsa.

Sementara itu, sebelum membawa perbincangan 20 tahun ke hadapan, pastinya panelis dan penonton perlu membina perspektif yang segar tentang reality kedudukan masyarakat Cina semasa. Terdapat prasangka yang menyebut bahawa masyarakat Cina tidak bersedia berkongsi pengaruh ekonomi dengan kaum lain justeru penerobosan dalam jaringan perniagaan menjadi begitu sukar melainkan untuk kepentingan kelompok mereka sahaja. Prasangka lain juga adalah menyatakan bahawa masyarakat Cina tidak mempunyai kesetiaan kepada Negara atau nasionalisme yang sepatutnya melainkan untuk tujuan kepentingan pengaruh ekonomi semata-mata. Ketiga adalah bahawa perjuangan pendidikan masyarakat Cina adalah bersifat etno centric.

Apakah ini benar? Provokatif namun penting untuk diluruskan.


Tarikh: 23/01/2009
 

[Halaman 1 / 1] | 1 |

 
 Powered By:  Rentak Setia Hakcipta terpelihara © 2010. dll.my.