Utama  |  Blog   |  Ahli DLL   |  Tentang DLL   |  Butiran Program

 
Di Luar Lingkungan (Out of the Box)


Selepas lebih 50 tahun merdeka, hakikatnya Malaysia berada dalam kedudukan yang penting dalam menentukan masa depannya, persimpangan sejarah sosial dan politik. 50 tahun di anggap satu tempoh yang mematangkan, namun petunjuk sosial dan politik menggambarkan bahawa kematangan Malaysia sebenarnya baru sahaja diuji.

Ujian utama adalah apakah masyarakat Malaysia bersedia untuk berbincang dengan hati yang tulus dan benar-benar terbuka tentang apa yang benar-benar penting dan perlu demi memastikan bahawa Negara terus mengisi kemerdekaan ini dan bersaing di pentas ekonomi dunia yang nyatanya kini telah berubah?

DI Luar Lingkungan mengajak anda untuk mencadangkan isu dan topik, berbincang dan mengulas bersama bagi membina perspektif yang lebih murni tentang dan demi masa depan. Tanpa menafikan hakikat cabaran semasa, semua halangan kala kini dilihat sebagai premis semasa, tetapi DI Luar Lingkungan akan mengajak anda berfikir bermula dengan isu indeks ini, yakni konteks semasa, dan membawa perbincangan ke hadapan, agar kita tidak tidak terlalu terdorong untuk mencari kesalahan sebaliknya mencari penyelesaian. Apa yang perlu dan bukan semata apa adanya..

Di Luar Lingkungan juga, sesuai dengan namanya menawarkan bahan-bahan yang dianggap tidak lumrah bagi penonton massa di Malaysia. Ia bakal menjadi pengalaman yang mendebarkan kepada semua. DI Luar Lingkungan adalah sebuah eksperimen sosial yang bakal melibatkan seisi penonton. Hasilnya yang baik hanya akan terzahir jika rakyat Malaysia yang tulus terlibat sama membina bahan dan perbincangan yang telus, tulus dan segar.

Harapan dan Perancangan

Rancangan dalam bentuk baru ini memerlukan penggemblengan idea dan saranan daripada semua yang berminat di dalam dialog membina. Justeru semua penonton diundang untuk turut serta secara atas talian mahupun melalui seminar dan forum yang bakal dibina dari semasa ke semasa menyentuh tentang rancangan ini nanti. Semoga Di Luar Lingkungan benar-benar dapat mengajak penonton berbicara dan berdialog tentang isu-isu yang dianggap tidak konvensyenal dan di luar lingkungan pemikiran biasa. Ke Arah Pimpinan Tontotan Berilmu, Tanpa Had, Tanpa Sempadan


Sejarah

 

Rancangan ini mula diperkenalkan sebagai sebuah bual bicara mengulas isi dan isu dengan tema semasa secara tuntas dan mendalam pada 5 Januari 2009. Ia merupakan sebahagian daripada agenda wajah baru RTM di TV1 yang bermula Januari tahun ini. Namun demikian, proses untuk melahirkan dan membina konsep rancangan ini telah bermula sejak November 2008. Bila mana ruang dan peluang dibina dan dibuka agar pengacara / peneraju bual bicara Sayed Munawar diminta untuk mengemukakan cadangan sebuah bentuk bual bicara baru untuk tujuan penyegaran wajah baru rtm ini.

 

Pada 5 Januari lalu, DI Luar Lingkungan edisi satu telah ke udara pada pukul 9.30 malam selama sejam membincangkan tentang tema 'Cabaran 2009' yang dipecahkan kepada dua subsegmen; politik dan ekonomi. Cabaran politik dikupas bersama tetamu YB Dato Saifuddin Abdullah, Tim Menteri pembangunan Usahawan dan Koperasi dan cabaran ekonomi diulas oleh Lim Cheeng Si, ketua pakar ekonomi RHB Research Institute.  

 

Konsep

 

Di Luar Lingkungan merupakan sebuah thematic Talkshow News magazine (Rancangan Majalah Bual Bicara Semasa Bertema) mempunyai beberapa komponen asas:

 

  • Bual bicara dengan mengemukakan tetamu yang berkaitan dengn topic dan tema

  • Bertema dengan mengemukakan tema isu semasa selaras dengan keperluan tertentu pada waktu tertentu

  • Majalah, yakni terdapat elemen majalah yang menjelas dan meluruskan tema dan isu yang dipilih.

  • Hyperlink, memberikan pautan 'luar' ke persada maya (internet) dan bahan bacaan tambahan

  • Interaktif dan Engaging melalui keahlian di ww.dll.my

 

Keunikan

Rancangan ini menawarkan satu bentuk program dengan konsep hyperlinkyakni capaian kepada bahan-bahan tambahan yang ditawarkan di persada internet, terbitan atas talian (online) dalam bentuk jurnal, majalah, buku, laporan dan makalah, serta berbentuk hardcopy. Elemen ini menunjangi teras keunikan rancangan dengan turut menyediakan platform untuk emel, blog, video streaming, sms dan telefon ke studio sewaktu sepanjang siaran. Elemen internet dan dialog yang terbina di dll.my akan terus berlangsung bagi mewarnai konteks perbincangan yang luas dan tanpa had.

 

Keunikan juga kerana penonton dan pembaca di undang untuk membina inti dan cirri rancangan melalui platform keahlian atas talian, blog dan emel yang disediakan. Sementara itu keahlian akan cuba digarap agar setiap ahli dapat menyumbang malah nanti mungkin berpeluang mengemukakan pandangan melalu platform-platform yang disediakan itu.

Rancangan ini juga akan dikemudikan dalam dwi bahasa sekiranya diperlukan pada masa-masa mendatang.

 

Topik dan Tema – Pendekatan

Untuk membezakan rancangan ini daripada rancangan-rancangan lain, Di Luar Lingkungan mengambil pendekatan problem solving dan forward looking dan tidak mahu berpolemik tentang punca-punca permasalahan semasa. Ini kerana, pengarahan perbincangan adalah masa depan dan penyelesaian kepada masalah atau tema yang dibicarakan.

 

Sasaran penonton

Sasaran penonton merupakan kelas menengah atau lebih tepat lagi Young Urban Professionals (Yuppies)

 

 

 Powered By:  Rentak Setia Hakcipta terpelihara © 2010. dll.my.